Monday 25 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 11 LISAN MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Apakah Perkembangan Terkini Bagi Cadangan Membina Sebuah Pusat Pameran Gergasi Di Tangkak Yang Diumumkan Oleh Kerajaan Negeri Johor Pada Tahun 2013?

JAWAPAN

Y.B. DATUK TEE SIEW KIONG
PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN, PERDAGANGAN DAN KEPENGGUNAAN

LFC adalah projek usahasama di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan melalui kementerian perusahaan perladdangan dan komoditi, mengambil kira akan keperluan mendesak industri perabot Negeri Johor terhadap sebuah pusat pameran perabot tetap sepanjang tahun.

Pembangunan LFC ini dirancang berlandaskan keperluan semasa dan jangka panjang industri perabot yang dijangka akan memberikan impak yang positif.


Perkembangan terkini, rekabentuk bangunan telahpun disiapkan oleh pihak Cahaya Jauhar Sdn. Bhd. (CJSB) dan pihak CJSB sedang dalam proses mengemaskinikan struktur perlaksanaan projek untuk mendapatkan kelulusan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN).

No comments:

Post a Comment