Wednesday 20 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 08 BERTULIS MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Nyatakan keluasan tanah rizab Orang Asli yang telah ditukar hak milik mengikut daerah dari tahun 2000 hingga tahun 2013.

JAWAPAN

Y.B. PUAN HAJAH ASIAH BINTI MD. ARIFF
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Terdapat 2 kategori tanah yang melibatkan orang asli iaitu:

            1.         Tanah rizab orang asli di bawah Seksyen 7 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)
            2.         Tanah yang telah diluluskan di bawah Seksyen 6 Akta Orang Asli 1954 tetapi                  belum diwartakan di bawah Seksyen 7 Akta 134. Pemberimilikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) orang asli sepertimana Seksyen 3 Akta 134.

Dari rekod, sebanyak 4,961 hektar tanah (12,259.35 ekar) tanah adalah tanah-tanah yang dirizabkan sebagai rizab Orang Asli. Dari rekod, rizab Orang Asli adalah sepertiman data di bawah:

DAERAH
LUAS
PONTIAN
201.12 Ha
BATU PAHAT
1.62 Ha
SEGAMAT
1678.62 Ha
KULAIJAYA
34.68 Ha
KLUANG
385.57 Ha
MERSING
1,321.30 Ha
LEDANG
291.64 Ha
KOTA TINGGI
980.68 Ha
JOHOR BAHRU
65.96 Ha
JUMLAH
4961.19 Ha

Selain daripada itu, terdapat juga tanah untuk orang asli yang telah dikeluarkan hakmiliknya.
Pindahmilik tanah bagi tanah-tanah orang asli hendaklah dikalangan komuniti mereka sahaja dan perlulah mendapat kelulusan dari Jabatan Hal Ehwal & Kebajikan Orang Asli (JHEOA) terlebih dahulu.


Bagi tujuan pengawalan ke atas tanah-tanah orang asli ini, Kerajaan Negeri telah menggunapakai Pekeliling ketua Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 6/1999 bertajuk "Kaedah dan Pendekatan Pelupusan Tanah kepada Orang Asli"

No comments:

Post a Comment