Monday 18 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 06 LISAN MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Nyatakan Jumlah Perpustakaan Awam Di Negeri Johor, Berapa Cawangan Telah Berhenti Beroperasi Dan Jumlah Peruntukan Yang Telah Dihulurkan Sejak Tahun 2000 Hingga 2013?

JAWAPAN

Y.B. EN. TUAN HAJI MD. JAIS BIN HAJI SARDAY
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI:

Sehingga kini, Perbadanan Perpustakaan Awam Johor telah menguruskan sebanyak 64 buah perpustakaan, yang meliputi sebuah perpustakaan ibu pejabat, 14 buah perpustakaan cawangan dan 49 buah perpustakaan desa.

Sehingga hari ini, hanya sebuah perpustakaan yang telah berhenti beroperasi iaitu Perpustakaan Cawangan di Daerah Kulai.


Jumlah peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 14 tahun iaitu daripada tahun 2000 hingga 2013 adalah sebanyak RM36 juta dan daripada Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM19.25 juta.

No comments:

Post a Comment