Wednesday 20 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 07 BERTULIS MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Senaraikan jumlah permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mengikut daerah serta bilangan permohonan yang telah diluluskan dan ditolak sejak tahun 2000 hingga tahun 2013.

JAWAPAN

Y.B. DATUK ABD. LATIF BIN BANDI
PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selamat, berkualiti dan selesa untuk diduduki berbanding kediaman terdahulu. Ini adalah usaha Kerajaan dalam membantu rakyat termiskin dan golongan bawahan yang berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membeli dan menyewa rumah sendiri. Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan segera kualiti hidup golongan sasar kepada yang lebih sempurna. Komponen utama program ini merangkumi membina semula atau Bina Baru dan Baikpulih rumah.


Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam memastikan program ini dapat memberikan manfaat sepenuhnya kepada golongan sasar yang memerlukan kediaman yang selamat dan selesa. Dibawah RMK9 dan RMK10 (sehingga tahun 2013), PPRT atau Program Bantuan Rumah (PBR) telah diperuntukan sejumlah peruntuk sebanyak RM57.5 juta yang disalurkan melalui Kementerian dan pelbagai Agensi di negeri dan telah memberi manfaat kepada 2,740 penerima yang memerlukannya.

STATISTIK PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PBR) MENGIKUT DAERAH

DAERAH
2008
2009
2010
2011
2012
2013
MOHON
LULUS
MOHON
LULUS
MOHON
LULUS
MOHON
LULUS
MOHON
LULUS
MOHON
LULUS
BATU PAHAT
268
268
62
62
87
87
11
11
19
19
174
174
JOHOR BAHRU
3
3
9
9
13
13
2
2
5
5
3
3
KLUANG
45
45
70
70
41
41
31
31
21
21
128
128
KOTA TINGGI
184
184
332
332
50
50
20
20
19
19
93
93
KULAIJAYA
0
0
19
19
18
18
6
6
18
18
16
16
LEDANG
247
247
57
57
58
58
178
178
82
82
207
207
MERSING
196
196
25
25
9
9
2
2
11
11
9
9
MUAR
-
-
-
-
-
-
90
90
54
54
94
94
PONTIAN
272
17
255
170
134
79
123
38
68
31
116
68
SEGAMAT
152
152
208
208
43
43
26
26
21
21
179
179

No comments:

Post a Comment