Friday 22 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 09 BERTULIS MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Senaraikan Pusat Jagaan Berdaftar di Negeri Johor dan peruntukan yang telah dihulurkan dari tahun 2000 hingga tahun 2013.

JAWAPAN

Y.B. PUAN HAJAH ASIAH BINTI MD. ARIFF
PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Jumlah Pusat Jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor sehingga September 2013 adalah sebanyak 131 buah. Pecahan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:-

DAERAH
JENIS PUSAT JAGAAN (PJ)
JUMLAH
PJ
KANAK-KANAK
PJ ORANG KURANG UPAYA (OKU)
PJ
ORANG TUA
JOHOR BAHRU
49
9
12
70
BATU PAHAT
7
2
10
19
MUAR
5
-
4
9
KLUANG
9
2
4
15
PONTIAN
1
-
2
3
SEGAMAT
2
2
1
5
KOTA TINGGI
2
-
-
2
MERSING
1
-
-
1
KULAIJAYA
3
1
3
7
LEDANG
-
-
-
-
JUMLAH
79
16
36
131

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan Geran bagi tujuan membantu menguruskan operasi Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO), yang memiliki Pusat Jagaan dan berdaftar dengan Jabatan. Jumlah peruntukan yang disalurkan untuk Negeri Johor adalah sebagaimana berikut:

TAHUN
JUMLAH GERAN
2011
RM2,546,878.00
2012
RM2,768,964.00
2013
RM2,698,524.00

No comments:

Post a Comment