Thursday 14 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 01 LISAN MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Nyatakan Bilangan, Lokasi Dan Kos Pembinaan Bagi Cadangan Mendirikan Pusat Penyembelihan Ayam, Itik Dan Unggas Di Seluruh Negeri.
JAWAPAN

Y.B. TUAN HAJI ISMAIL BIN MOHAMED
PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Pada masa ini, terdapat 11 buah Pusat Penyembelihan Ayam di Negeri Johor. 4 pusat penyembelihan telah mendapat sijil VHM (Veterinary Health Mark), pengiktirafan ini diperolehi dari Jabatan Veterinar Malaysia setelah melalui prosedur yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, 7 pusat penyembelihan beroperasi dengan mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Majlis Tempatan.

Selain dari itu, terdapat lebih 300 premis lagi menjalankan penyembelihan secara kecil-kecilan di semua daerah di Negeri Johor.

Pusat Penyembelihan yang besar dengan nama syarikat, lokasi dan kapasiti pengeluaran daging ayam melebihi 7,000 ekor sehari mengikut daerah adalah seperti Jadual berikut:

Jadual: Pusat Penyembelihan Ayam Besar (Kapasiti Melebihi 7,000 Ekor/Hari) Mengikut Daerah
Bil
Daerah
Nama Syarikat
Bilangan Pusat Penyembelihan
Kapasiti
Pengeluaran Sehari
1
Johor Bahru
1. Ayam Kempas Sdn. Bhd.
2. Pandan Poultry Processing Plant
2
25,000
10,000
2
Kulai

Tiada

3
Pontian
1. Norliza Poultry Processing
2. Sdian Hup Poultry Processing
3. Aqina Poultry Sdn Bhd
3
15,000
10,000
10,000
4
Batu Pahat
1. PTS Poultry Processing
2. Suaan Poultry Processing
2
25,000
10,000
5
Kota Tinggi
1. Ayam Food Corp. Sdn. Bhd.
1
25,000
6
Muar
1. Kulen Enterp. Sdn. Bhd.
1
10,000
7
Kluang
1. PPNJ & Meat Poultry Processing
2. Masri Poultry Processing
2
20,000
15,000
8
Mersing

Tiada

9
Ledang

Tiada

10
Segamat

Tiada

Jumlah
11
175,000

Sementara itu, belum ada lagi Pusat Penyembelihan Itik di Negeri Johor, ini disebabkan keperluan daging itik segar terlalu sedikit dan juga jumlah ladang serta hasil pengeluaran itik daging di Negeri Johor rendah. Untuk makluman juga, Negeri Perak mempunyai satu Pusat Penyembelihan itik dan juga Negeri Pulau Pinang mempunyai 2 pusat penyembelihan.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak mempunyai cadangan untuk membina Pusat Penyembelihan Ayam. Mendirikan sebuah Pusat Penyembelihan melibatkan kos yang tinggi, di Anggarkan sejumlah RM10 - 12 juta diperlukan. Ini adalah untuk keupayaan pengeluaran 2 ribu ekor satu jama atau pun 30,000 ekor pengerluaran sehari dengan dua syif waktu kerja.

No comments:

Post a Comment