Thursday, 14 November 2013

JAWAPAN BAGI SOALAN 02 LISAN MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Sila Nyatakan Jumlah Kekurangan Guru Dan Pengetua Di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Dan Sekolah Agama Mengikut Daerah Dan Apakah Langkah-Langkah Yang Akan Diambil Untuk Mengatasi Masalah Ini?

JAWAPAN

Y.B. TUAN HAJI MD. JAIS BIN SARDAY
PENGERUSI JAWANTANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

Berikut ialah data berhubung kekurangan guru dan pengetua di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Hararian Negeri Johor mengikut daerah:

PEJABAT
PELAJARAN
DAERAH
GURU BESAR SEKOLAH RENDAH
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH
KEKEURANGAN GURU
RENDAH
KEKEURANGAN GURU MENENGAH
PPD BATU PAHAT
3
CUKUP
13
CUKUP
PPD JOHOR BAHRU
1
2
42
CUKUP
PPD KLUANG
1
2
CUKUP
4
PPD KOTA TINGGI
CUKUP
1
44
19
PPD KULAI
CUKUP
CUKUP
41
CUKUP
PPD MERSING
CUKUP
CUKUP
12
CUKUP
PPD MUAR
CUKUP
2
CUKUP
24
PPD PASIR GUDANG
CUKUP
2
72
70
PPD PONTIAN
1
1
36
9
PPD SEGAMAT
1
2
24
2

Kekurangan Guru dan Guru Besar Di Sekolah Agama Bersepadu Kebangsaan (Rendah Dan Menengah) Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Menengah) Negeri Johor:

PEJABAT
PELAJARAN
DAERAH
GURU BESAR
(RENDAH)
PENGETUA
(MENENGAH)
KEKURANGAN
GURU
MENENGAH
KEKURANGAN
GURU
RENDAH
PPD BATU PAHAT
CUKUP
CUKUP
CUKUP
2
PPD JOHOR BAHRU
CUKUP
CUKUP
CUKUP
1
PPD KLUANG
CUKUP
CUKUP
CUKUP
CUKUP
PPD KOTA TINGGI
CUKUP
CUKUP
2
4
PPD KULAI
CUKUP
CUKUP
CUKUP
TIDAK BERKAITAN
PPD MERSING
CUKUP
CUKUP
CUKUP
4
PPD MUAR
CUKUP
CUKUP
CUKUP
1
PPD PASIR GUDANG
CUKUP
CUKUP
CUKUP
TIDAK BERKAITAN
PEJABAT
PELAJARAN
DAERAH
GURU BESAR
(RENDAH)
PENGETUA
(MENENGAH)
KEKURANGAN
GURU
MENENGAH
KEKURANGAN
GURU
RENDAH
PPD PONTIAN
CUKUP
CUKUP
2
CUKUP
PPD SEGAMAT
CUKUP
CUKUP
CUKUP
CUKUP

Kekurangan Guru dan Guru Besar Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri Johor:

PEJABAT
PELAJARAN
DAERAH
GURU
BESAR
(SJK CINA)
GURU
BESAR
(SJK TAMIL)
KEKURANGAN
GURU SJK
CINA
KEKURANGAN
GURU SJK
TAMIL
PPD BATU PAHAT
1
CUKUP
4
CUKUP
PPD JOHOR BAHUR
CUKUP
CUKUP
40
CUKUP
PPD KLUANG
CUKUP
CUKUP
7
7
PPD KOTA TINGGI
CUKUP
CUKUP
14
6
PPD KULAI
CUKUP
CUKUP
32
CUKUP
PPD MERSING
CUKUP
CUKUP
1
CUKUP
PPD MUAR
1
CUKUP
31
7
PPD PASIR GUDANG
CUKUP
CUKUP
54
7
PPD PONTIAN
CUKUP
CUKUP
20
CUKUP
PPD SEGAMAT
CUKUP
CUKUP
14
10

Bekalan guru adalah tertakluk kepada bekalan yang diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) hanya bertanggungjawab untuk menempatkan guru setelah menerima senarai penempatan guru.

Bagaimanapun JPNJ sentiasa memantau data keperluan guru bagi melihat kekurangan guru di sekolah-sekolah negeri Johor dan membangkitkan perkara ini apabila bermesyuarat bersama KPM seperti dalam mesyuarat verifikasi data keperluan guru yang diadakan sebanyak 4 kali setahun.


Bagi kekurangan guru di SJKC pula, ianya ditampung dengan pelantikan guru interim tambahan.

JAWAPAN BAGI SOALAN 01 LISAN MESYUARAT KETIGA (BAJET 2014) PENGGAL PERTAMA TAHUN 2013

SOALAN

Nyatakan Bilangan, Lokasi Dan Kos Pembinaan Bagi Cadangan Mendirikan Pusat Penyembelihan Ayam, Itik Dan Unggas Di Seluruh Negeri.
JAWAPAN

Y.B. TUAN HAJI ISMAIL BIN MOHAMED
PENGERUSI JAWATANKUASA PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Pada masa ini, terdapat 11 buah Pusat Penyembelihan Ayam di Negeri Johor. 4 pusat penyembelihan telah mendapat sijil VHM (Veterinary Health Mark), pengiktirafan ini diperolehi dari Jabatan Veterinar Malaysia setelah melalui prosedur yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, 7 pusat penyembelihan beroperasi dengan mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Majlis Tempatan.

Selain dari itu, terdapat lebih 300 premis lagi menjalankan penyembelihan secara kecil-kecilan di semua daerah di Negeri Johor.

Pusat Penyembelihan yang besar dengan nama syarikat, lokasi dan kapasiti pengeluaran daging ayam melebihi 7,000 ekor sehari mengikut daerah adalah seperti Jadual berikut:

Jadual: Pusat Penyembelihan Ayam Besar (Kapasiti Melebihi 7,000 Ekor/Hari) Mengikut Daerah
Bil
Daerah
Nama Syarikat
Bilangan Pusat Penyembelihan
Kapasiti
Pengeluaran Sehari
1
Johor Bahru
1. Ayam Kempas Sdn. Bhd.
2. Pandan Poultry Processing Plant
2
25,000
10,000
2
Kulai

Tiada

3
Pontian
1. Norliza Poultry Processing
2. Sdian Hup Poultry Processing
3. Aqina Poultry Sdn Bhd
3
15,000
10,000
10,000
4
Batu Pahat
1. PTS Poultry Processing
2. Suaan Poultry Processing
2
25,000
10,000
5
Kota Tinggi
1. Ayam Food Corp. Sdn. Bhd.
1
25,000
6
Muar
1. Kulen Enterp. Sdn. Bhd.
1
10,000
7
Kluang
1. PPNJ & Meat Poultry Processing
2. Masri Poultry Processing
2
20,000
15,000
8
Mersing

Tiada

9
Ledang

Tiada

10
Segamat

Tiada

Jumlah
11
175,000

Sementara itu, belum ada lagi Pusat Penyembelihan Itik di Negeri Johor, ini disebabkan keperluan daging itik segar terlalu sedikit dan juga jumlah ladang serta hasil pengeluaran itik daging di Negeri Johor rendah. Untuk makluman juga, Negeri Perak mempunyai satu Pusat Penyembelihan itik dan juga Negeri Pulau Pinang mempunyai 2 pusat penyembelihan.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak mempunyai cadangan untuk membina Pusat Penyembelihan Ayam. Mendirikan sebuah Pusat Penyembelihan melibatkan kos yang tinggi, di Anggarkan sejumlah RM10 - 12 juta diperlukan. Ini adalah untuk keupayaan pengeluaran 2 ribu ekor satu jama atau pun 30,000 ekor pengerluaran sehari dengan dua syif waktu kerja.

Wednesday, 13 November 2013

UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2014

UCAPAN PERBAHASAN BAJET NEGERI JOHOR 2014 YB EN. EE CHIN LI, ADUN TANGKAK PADA NOVEMBER 2013.

Selamat pagi dan salam sejahtera, Tangkak ingin mengucap terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' speaker kerana diberi peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2014.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Terlebih dahulu Tangkak juga mengucapkan taniah kerana Negeri Johor dapat memperolehi sebanyak RM2.02 juta lebihan bagi Bajet Mengurus tahun 2014.

Dengan ini, Tangkak berharap Kerajaan Negeri Johor boleh menggunakan lebihan Bajet ini untuk menambahbaik dan meningkatkan taraf hidup anak bangsa Johor terutama kepada golongan miskin tegar dan golongan yang masih dalam kehidupan yang sukar.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Menurut ucapan Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Kerajaan Negeri Johor amat bersungguh untuk menjayakan program transformasi luar bandar selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor akan meningkatkan peruntukan penyelenggaraan jalan-jalan kampung, meluaskan Program Rebat Air dan program bekalan elektrik, mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air dan juga memperluaskan dan menyelenggara akses jalur lebar di luar bandar.

Tangkak amat menghargai rancangan ini dan mengharap program-program yang disebut atas boleh dilaksana dengan sepenuhnya bagi meningkat taraf kehidupan penduduk-penduduk di luar bandar dan berjaya merapatkan jurang perbezaan kawasan luar bandar dengan kawasan bandar.

Tetapi, sesetengah penduduk-penduduk di kawasan luar bandar bukan saja menghadapi masalah jalan rosak, masalah bekalan air dan bekalan eletrik, masalah kekurangan pengangkutan awam atau masalah tidak dapat akses ke jalur lebar sahaja, kerana segolongan warga miskin tegar dan daif di luar bandar masih menghadapi masalah tempat tinggal, seperti mereka yang masih tinggal di dalam rumah yang uzur.

Walaupun mereka telah membuat permohonan ke Projek Perumah Rakyat Miskin Tegar (PPRT), tetapi ada yang telah menunggu selama 3 hingga 4 tahun masih belum dapat bantuan pembaiki rumah dan ada juga yang langsung tidak menerima sebarang maklum balas tentang keadaan permohonan mereka dari pihak yang berkenaan.

Bagi golongan tersebut, apa yang mereka mahu bukan sahaja jalan kampung yang cantik dan bekalan air serta eletrik, mereka memerlukan satu kediaman yang sempurna dan selamat. Kerajaan Negeri Johor harus mengambil perhatian tentang masalah mereka.

Penduduk-penduduk di luar bandar juga menghadapi masalah kekurangan rumah mampu milik serta rumah kos rendah dan sederhana, contohnya, sudah lama kawasan Tangkak tidak dibina rumah kos rendah, Kerajaan Negeri Johor mesti menangani masalah ini dengan segera.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Tangkak mengalu-alukan Kerajaan Negeri Johor dalam penubuhan Yayasan Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembasmian kemiskinan dan memberikan bantuan-bantuan yang lain.

Kerajaan Negeri Johor juga berhasrat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang penting dan Tangkak percayai ahli-ahli yang berhormat yang berada di dewan yang mulia ini tahu bahawa Negeri Johor memang mempunyai potensi melebihan untuk mencapai hasrat tersebut.

Tetapi, selain daripada segi semula jadi dan keindahan yang dapat menarik pelancong, infrastruktur juga memainkan peranan yang penting dalam penarikan pelancong untuk datang ke Negeri Johor.

Semakin ramai pelancong adalah backpacker, aspek-aspek yang diambil kira ketika mereka memilih destinasi pelancongan termasuklah kemudahan pengangkutan awam, kebersihan sekitar dan isu keselamatan.

Jadi, adakah Negeri Johor telah menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang memuaskan di seluruh negeri terutama dalam penyambungan antara lokasi-lokasi pelancongan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Johor untuk menyelesaikan masalah kebersihan dan keselamatan.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Dua tempat di DUN Tangkak telah diumum sebagai Wabak Denggi pada minggu lalu iaitu Zon Tangkak Jaya dan Zon Kampung Bekoh Tangkak.

Selepas menjalankan kempen gotong royong di kedua-dua wabak bersama pegawai Pejabat Kesihatan Daerah dan PBT, kami mendapati bahawa punca utama yang mengakibatkan kes denggi meningkat terlampau di kawasan tersebut adalah kerana keadaan kebersihan di kawasan wabak tersebut terlalu teruk.

Ini bukan saja tanggungjawab penduduk-penduduk di kawasan tersebut, tetapi pihak PBT mesti memikul tanggungjawab terbesar kerana terdapat banyak longkang telah lama disumbat oleh sampah sarap dan batu pasir dan tidak dibersihkan.

Tangkak berharap pihak PBT boleh membuat pemantauan bagi kerja-kerja kebersihan yang telah dijalankan oleh kontraktor dan ambil tindakan yang keras sekiranya kotraktor gagal dalam memenuhi tanggungjawab mereka.

Begitu juga bagi masalah banjir kilat di beberapa kawasan dalam DUN Tangkak, seperti di Kampung Baru Tangkak No. 2 dan Kampung Bekoh Tangkak.

Peparitan yang lama, sumbat dan kecil sudah tidak mampu menampung air dari kawasan perumahan baru, tetapi, pihak PBT dan Jabatan Pengaliran dan Saliran tidak menyedari masalah ini sebelum meluluskan projek pembangunan baru dijalankan.

Ini adalah punca utama penduduk-penduduk menderita dan mengalami kerugian kerana kesilapan dan tidak profesional pihak-pihak berkenaan.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Sektor pertanian adalah penyumbang penting bagi ekonomi Negeri Johor, tetapi sampai hari ini masih ramai petani tidak mempunyai tanah pertanian sendiri. Mereka juga selalu ditimpa bencana alam.

Selain daripada itu, petani-petani juga menghadapi masalah pengangkutan hasilan, di kawasan pertanian Kampung Solok Tangkak, tiada laluan akses bagi sesetengah petani untuk memasuki ke kebun mereka dan mereka terpaksa meminjam laluan dari kebun jiran.

Masalah ini telah membawa kesusahan kepada petani khususnya apabila petani hendak mengangkut hasilan-hasilan mereka ke pasaran.

Pihak kerajaan telah lama berjanji akan membina satu jalan baru untuk petani-petani di Kampung Solok Tangkak, tetapi sampai hari ini janji tersebut masih belum dikotakkan. Tangkak harap Kerajaan Negeri Johor boleh menyatakan bilakah jalan kebun tersebut akan dibina.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Yang Amat Berhormat Menteri Besar mewakili Kerajaan Negeri Johor berikrar pada 7hb November yang lalu dalam dewan yang mulia ini bahawa perlaksanaanya kelak akan mengatasi kepentingan individu dan perbezaan ideologi politik sekalipun, Tangkak berharap beliau boleh menjalankan tugas dengan adil dan saksama dalam meluluskan projek pembangunan tempatan dan aliran peruntukan di 56 kawasan DUN Negeri Johor tidak kira kerusi itu dimenangi oleh Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional.

Tangkak juga ingin tahu, berapakah jumlah peruntukan telah diberi kepada pertubuhan-pertubuhan dan persatuan-persatuan di setiap kawasan DUN sejak tahun 2000 dan berapa jumlah peruntukan yang telah dijanji oleh Kerajaan Negeri tetapi masih belum ditunaikan.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Kerajaan Negeri Johor meminta semua pelaburan-pelaburan yang datang ke Negeri Johor mesti menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan yang bermutu dan dapat mempertingkatkan kemahiran pekerja tempatan, dan pelabur juga diminta haruslah mesra alam sekitar.

Tangkak ingin tahu bahawa setelah projek Pengerang Independent Deep Water Terminal dilaksanakan, dasar laut telah dimusnah, habitat haiwan laut akan hilang, apabila projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dijalankan, berapa peluang pekerjaan akan disediakan kepada orang tempatan dan pemandangan yang indah di Pengerang akan diroboh. Adakah ini dianggap mesra alam sekitar?

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Mengenai khabar-khabar angin kebelakangan ini tentang cadangan untuk menukar cutian minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu di Negeri Johor.

Tangkak berharap Kerajaan Negeri Johor boleh mempertimbangkan dengan teliti dan meminta Kerajaan Negeri Johor boleh mempertimbangkan dengan teliti dan meminta Kerajaan negeri Johor mendengar pandangan rakyat dan juga pandangan-pandangan daripada para pelabur.

Bagi tidak menjejaskan dalam pembangunan Iskandar Malaysia, Tangkak harap kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan IRDA kerana Iskandar Malaysia sedang bersaing dengan Pulau Pinang dalam tarikan pelabur.

Adakah pelabur akan memilih melabur di Pulau Pinang sekiranya hari cuti mingguan Negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu?

Akhirnya, Tangkak berharap Kerajaan Negeri Johor boleh mengelakkan pembaziran ketika mengurus Negeri.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT ADUN TANGKAK
NO. 27, JALAN KEMAJUAN, OFF JALAN PAYAMAS, TANGKAK, 84900 LEDANG, JOHOR.

TEL & FAX: 06 - 978 3252 EMEL: eechinli.adun@gmail.com

Soalan-Soalan Bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ke-13

Soalan-Soalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Ee Chin Li, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tangkak, Dewan Negeri Johor pada Mesyuarat Ketiga (Bajet 2014) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-13.

Bil.
Soalan
Jabatan
Portfolio
1.
Jawab Mulut
Nyatakan bilangan, lokasi dan kos pembinaan bagi cadangan mendirikan Pusat Penyembelihan Ayam, Itik dan Unggas di seluruh negeri.
SUK
Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan
2.
Jawab Mulut
Sila nyatakan jumlah kekurangan guru dan pengetua di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama mengikut Daerah dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
3.
Jawab Mulut
Nyatakan bilangan guru yang bersara dan letak jawatan dari Sekolah Menengah, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama mengikut daerah.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
4.
Nyatakan jumlah peruntukan dan nama penerima bagi setiap DUN sejak tahun 2000 hingga 2013 dan senaraikan dengan terperinci jumlah peruntukan yang telah dijanji tapi masih belum ditunaikan.
SUK
Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan
5.
Nyatakan jumlah hasil pertanian mengikut jenis tanaman dengan terperinci mengikut daerah dari tahun 2000 hingga tahun 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani
6.
Jawab Mulut
Nyatakan jumlah Perpustakaan Awam di Negeri Johor, berapa cawangan telah berhenti beroperasi dan jumlah peruntukan yang telah dihulurkan sejak tahun 2000 hingga 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Dan Warisan
7.
Senaraikan jumlah permohonan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) mengikut daerah serta bilangan permohonan yang telah diluluskan dan ditolak sejak tahun 2000 hingga tahun 2013.
SUK
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
8.
Nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang telah ditukar hak milik mengikut daerah dari tahun 2000 hingga tahun 2013.
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Johor
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
9.
Senaraikan Pusat Jagaan Berdaftar di Negeri Johor dan peruntukan yang telah dihulurkan dari tahun 2000 hingga tahun 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
10.
Jawab Mulut
Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di Tangkak terutama pada hujung minggu dan hari cuti di Jalan Payamas dan Jalan Muar.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
11.
Jawab Mulut
Apakah perkembangan terkini bagi cadangan membina sebuah pusat pameran gergasi di Tangkak yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2010.
Menteri Besar, Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan