Tuesday 20 August 2013

Jawapan Bagi Soalan Lisan Yang Ke-4 Dalam Persidangan Dewan Negeri Johor

SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 20 OGOS 2013

Y.B. ENCIK EE CHIN LI (TANGKAK) bertanya kepada:

UPEN, MIDA dan
Menteri Besar -- Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan

Berapakah keluasan Kawasan Perindustrian Tangkak dan berapa kilang yang sedang beroperasi setakat ini, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menarik Pelabur.

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Kawasan Perindustrian Tangkak mempunyai keluasan keseluruhan berjumlah 129.02 ekar dan jumlah kilang yang sedang beroperasi setakat ini ialah 19 unit (setakat Julai 2013). Di antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menarik Pelabur ialah seperti berikut:

(a)       Mempromosi industri pembuatan perabot dan tekstil supaya para pelabur                     menempatkan kilang-kilang mereka dalam kluster yang dikhaskan bagi Daerah Tangkak;

(b)       Mewujudkan pangkalan data mengenai profail kawasan-kawasan perindustrian dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai rujukan para pelabur yang hendak melabur di Daerah Tangkak; dan


(c)        Menyelaras hal-ehwal penyelenggaraan kawasan perindustrian dan permasalahan berkenaan industri sedia ada dengan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NGO.

Jawapan Bagi Soalan Lisan Yang Ke-3 Dalam Persidangan Dewan Negeri Johor

SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 20 OGOS 2013

Y.B. ENCIK EE CHIN LI (TANGKAK) bertanya kepada:

Jabatan Perhutanan dan
Menteri Besar -- Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan

Berapakah keluasan hutan yang telah dikurniakan sebagai tujuan pembalakan, dimanakah lokasi tapak-tapak tersebut, berapakah hasil yang telah dikutip dari konsesi dan keluasan untuk tanam semula, sila nyatakan mengikut tahun dari tahun 2000 hingga tahun 2013.

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Pembukaan kawasan hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal untuk aktiviti pembalakan dikawal secara Kawalan Kawasan (area control) melalui Catuan Tebangan Tahunan (CCT) dan kawalan isipadu Pengeluaran (Volume Control). Bagi Tempoh RMK 8, CCT yang diluluskan bagi pembukaan kawasan pengusahasilan setiap tahun adalah sebanyak 2,705 hektar, 2,250 hektar bagi RMK 9 dan 2,940 hektar bagi tempoh RMK 10. Aktiviti pembalakan dijalankan bagi tujuan peroleh kayu-kayan dilaksanakan secara terkawal (control logging) dan diwajibkan memathui syarat-syarat "pembalakan Impak Rendah (Reduced Impact Logging), kawalan kualiti kerja melalui MS ISO 9001:2008: dan amalan pengurusan Hutan secara berkekalan (sustainable Forest Management) melalui "Kriteria dan petunjuk untuk persijilan pengurusan hutan di Malaysia (MC & hutan Asli). Pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pengusahasilan bagi tempoh 2000 hingga 2012 adalah mematuhi CTT yang ditetapkan.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor berjaya mengutip hasil ke atas pengeluaran kayu-kaya ini melalui bayaran premium hutan mengikut harga pasaran semasa, kutipan royalti dan ses. Di samping itu, kutipan hasil juga adalah melalui kompaun kesalahan hutan, bayaran lesen/permit, bayaran perkhidmatan yang lain dan sebagainya. Pembukaan kawasan untuk pengusahasilan di kawasan HSK dan jumlah kutipan hasil dari tahun 2000 hingga 2013 (sehingga Julai) adalah seperti jadual di bawah.

Tahun
Luas Kawasan Usahasil (ha)
Lokasi
Kutipan Hasil (RM)
2000
268.35
HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Tenggaroh, HS Mersing, HS Maokil
RM25,338,359.39
2001
1417.34
HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang
RM15,449,610.83
2002
1783.19
HS Panti, HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Tenggaroh, HS Kluang
RM26,726,975.26
2003
1893.00
HS Panti, HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang
RM22,588,339.79
2004
1871.88
HS Ulu Sedili, HS Panti, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang, HS Maokil
RM25,625,948.38
2005
1599.40
HS Ulu Sedili, HS Panti, HS Lenggor, HS Mersing, HS Kluang, HS Labis, HS Maokil
RM20,888,845.35
2006
1852.96
HS ULU Sedili, HS Panti, HS Mersing, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang
RM34,846,958.72
2007
1420.12
HS Panti, HS Lenggor, HS Ulu Sedili, HS Mersing, HS Labis, HS Kluang
RM16,716,051.27
2008
1470.49
HS Lenggor, HS Mersing, HS Labis, HS Kluang
RM24,916,458.10
2009
884.42
HS Panti, HS Lenggor, HS Ulu Sedili, HS Labis
RM28,109,514.65
2010
1459.93
HS Panti, HS Lenggor, HS Gunung Arong, HS Ulu Sedili, HS Mersing, HS Kluang, HS Labis, HS Maokil
RM23,616,156.33
2011
1191.76
HS Panti, HS Lenggor, HS Kluang, HS Labis, HS Maokil
RM25,530,876.62
2012
625.85
HS Lenggor, HS Ulu Sedili, HS Gunung Arong, HS Labis, HS Kluang
RM20,453,250.96
2013
783.64
HS Panti, HS Mersing, HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Maokil
RM10,652,365.01


Di bawah amalan pembalakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal ianya dilaksanakan secara mapan (sustainable) dan tidak melibatkan "tebangan habis (clear felling)" selepas kerja-kerja pembalakan selesai dijalankan, salah satu syarat lesen yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh pelesen adalah diwajibkan menanam kembali kawasan-kawasan lorng penarik, bekas tapak matau dan kongsi. Pihak Jabatan Perhutanan akan membekalkan pelbagai jenis pokok-pokok hutan terpilih seperti meranti, kapur, keruing, chengal, dan lain-lain mengikut kesesuaian lokasi dan piahk pelesen perlu menanam pokok-pokok tersebut sebelum lesen ditutup. Disamping itu, selepas 2 hingga 5 tahun kerja-kerja pengusahasilan selesai dijalankan, bancian Hutan 

Selepas Tebangan (Post-F) pula dijalankan bagi mengetahui stok dirian tinggal supaya rawatan silvikultur yang sesuai dapat ditetapkan bagi memulih kawasan berkenaan seperti tanaman mengaya ke atas kawasan-kawasan yang miskin atau dijalankan aktiviti rawatan mengelang akar dan pepanjat.Berdasarkan kepada keputusan interprestasi bancian Post-F yang dijalankan di bawah RMK9 dan RMK10 (sehingga tahun 2012) tiada kawasan yang perlu dijalankan aktiviti Tanaman Mengaya. Ini bermaksud bahawa kawasan-kawasan HSK yang telah diusahasilakan dahulunya adalah dikategorikan sebagai kawasan Hutan Terpulih.

Ucapan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah DYMM Sultan Johor pada 20hb Ogos 2013

Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena Perasmian Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-13 oleh YB Ee Chin Li, ADUN Tangkak pada 20hb Ogos 2013

Yang berhormat Datuk Speaker,

Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua.

Tangkak ingin mengambil bahagian dalam pembahasan usul menjujung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi berangkat ke Dewan untuk menyampaikan Titah Baginda.

Saya juga ingin menguna kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Tangkak kerana telah memilih saya sebagai wakil mereka dalam Dewan yang mulia ini.

Yang berhormat Datuk Speaker,

Bandar Tangkak terletak di kaki Gunung Ledang, bagi pelancong yang mahu mengunjung atau melancong ke Taman Negara Gunung Ledang, mereka perlu menggunakan susur keluar atau Plaza Toll Tangkak dari Lebuhraya Utara-Selatan.

Bandar Tangkak juga dinamakan sebagai Bandar Tekstil yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada bulan Jun tahun 2011.

Tetapi, kedai-kedai kain di Bandar Tekstil sekarang makin kurang sejak dua tahun lalu.

Bandar Tangkak juga kaya dengan hasil buah-buahan, terutama buah Durian.

Dengan kelebihan-kelebihan disebut tadi, Bandar Tangkak dan kawasan-kawasan sekitar Taman Negara Gunung Ledang sepatutnya mendapat manfaat dari Industri Pelancongan.

Tetapi, yang berhormat Datuk Speaker,

Realitinya tidak seperti dijangka, kerana nampaknya Kerajaan Negeri masih tiada perancangan yang sempurna untuk mempromosikan setakat ini.

Masalah yang sama berlaku di Pengerang juga,

Sungai Rengit di Pengerang banyak mengeluarkan Udang Galah dan hasil-hasil laut yang lain, pada setiap hujung minggu dan cuti-cuti awam, ramai pelancong-pelancong dari luar dan dalam negeri suka mencuba rasa makanan laut dan mengalami kehidupan perkampung nelayan di Pengerang.

Mungkin sesetengah pihak itu cuba memberikan implikasi Guoguang dari Taiwan, AECOM dari Amerika Syarikat, Tamasek Holdings dari Singapora, BASF dari Jermen, mereka semua ini bukan orang luar?

Pembayar cukai di Malaysia yang menyoalkan projek ini dijadikan orang luar pulak? Apakah logik ini?

Kalau pelabuhan petrokimia di Pengerang cuma terlibat wang dari orang Pengerang dan peruntukan Pejabat Daerah Kota Tinggi, bagi pendapat saya, tak payahlah orang luar yang disebut oleh sesetengah pihak itu sibuk-sibuk campur masuk perkara ini.

Namunya, projek ini bukan sahaja terlibat kewangan dari Negeri Johor, tetapi ia juga sebagai satu projek transfomasi Perdana Menteri Malaysia, ini bermakna, Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan digunakan untuk projek ini.

Bagaimana sesetengah pihak itu berkata orang luar jangan masuk campur? Adakah mereka mempergunakan wang mereka sendiri ataupun wang pembayar cukai?

Kalau mereka mengunakan wang mereka sendiri, semua pihak seharus tutup mulut, kerana ini tidak berkaitan dengan mereka.

Kalau tidak, apakah alasan untuk sesetengah pihak itu menghalang rakyat untuk menyoalkan isu-isu yang berkaitan dengan projek ini.­­­­­­­

Sesetengah pihak yang saya sebut tadi juga berkata, bahawa Projek Petrokimia Pengerang akan membekalkan peluang pekerjaan kepada orang tempatan, saya ingin tanya balik Kerajaan Negeri, cuba bagikan contoh, bagaimana awak boleh melatihkan seseorang nelayan atau pekebun yang sudah bekerja di bidang itu berpuluh-puluh tahun dan tiba-tiba menjadikan beliau sebagai seorang jurutera atau juruteknik dalam bidang petrokimia?

Untuk seseorang memahirkan sendiri dalam satu bidang, bahkan kesenian, kejuruteraan dan sebagainya, perlu makan masa beberapa tahun, apatah seorang nelayan atau pekebun yang berpendidikan rendah mampu untuk meningkatkan kebakalan mereka dalam bidang petrokimia?

Kami tidak bimbang sangat dengan generasi muda atau pelajar-pelajar yang baru tamat pelajaran, kerana mereka boleh dilatih dan diberikan khusus supaya mempelajari sesuatu kemahiran dengan cepat.

Apa yang saya khuatir ialah penduduk-penduduk yang telah berpuluh-puluh tahun bekeraja sebagai nelayan dan pekebun, bagaimana kamu boleh cakap peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang-kilang petrokimia ini dapat meningkat keuntungan mereka?

Di samping itu, ada sesetengah pihak berkata, mereka ini berasal dari Teluk Ramunia Pengerang, tapi, adakah mereka sedar bahawa, orang-orang kampung yang akan pindah ke tapak penempatan baru yang terletak di Teluk Ramunia akan dipindahkan lagi selepas 8 tahun?

Kalau sepasang suami isteri pindah masuk ke rumah baru mereka yang direkabentuk oleh Barisan Nasional terletak di Telok Ramunia, mereka melahirkan seorang anak, tetapi, apabila kanak tersebut baru saja cukup umur untuk memasuki sekolah rendah, keluarga mereka perlu memindah lagi?

Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberikan penjelasan bahawa adakah tapak penempatan di Telok Ramunia itu hanya untuk sementara dan akan dipindahkan ke tempat lain?

Adakah kerana hakikat ini, pembinaan lantai untuk rumah di tapak tersebut cuma menggunakan 3 bungkus simen campur dengan pasir, sebaliknya, dari maklumat yang diberitahu oleh pemaju-pemaju rumah yang berpengalaman, bahawa 10 bungkus simen perlu diguna pakai untuk satu rumah yang seluas 1300 kaki persegi.

Maka, saya minta Kerajaan Negeri supaya menjalankan siasatan dan memeriksakan perkara ini dan mengumumkan hasil siasatan kepada masyarakat.

Ada sesetengah pihak menceritakan bahawa pada zaman muda beliau, bahawa kuali bauksit telah mengakibatkan air sungai di tepi rumah yang terletak di Teluk Ramunia menjadi merah, tetapi, beliau mengadu bahawa tiada mana-mana pihak mengambil berat tentang perkara itu.

Sekarang pula beliau memuji projek petrokimia setinggi-tingginya, walaupun projek ini akan membawa pencemaran seratus kali lebih teruk daripada kuali bauksit, bukankah kedua-dua kenyataan ini bercenggah satu sama lain?

Akhirnya, saya harap kerajaan boleh memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkit tadi.

Sekian, terima kasih.


Monday 19 August 2013

Jawapan Ke-11 Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-13

SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI ISNIN, 19 OGOS 2013

Y.B. ENCIK EE CHIN LI (TANGKAK) bertanya kepada Majlis Daerah Tangkak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Bagaimana perkembangan cadangan untuk membina satu pasar awam di Taman Tangkak Jaya, Tangkak. Sila nyatakan kelayakan sesebuah komuniti untuk mendapat pasar awam.

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI ABD. LATIF BIN BANDI

Untuk makluman Ahli-ahli yang berhormat, Majlis Daerah Tangkak (MDT) tiada cadangan untuk membina pasar awam di Taman Tangkak Jaya kerana Pihak Majlis berpandangan tiada keperluan untuk membina satu pasar awam baru kerana:

I.          Tiada rizab yang dikhaskan bagi tujuan tersebut.

II.         Jarak pasar awam sedia ada adalah dalam lingkungan 1.5 kilometer dari Taman Tangkak Jaya dan;

III.        Dari 135 bangku yang disediakan di pasar awam tersebut, hanya 84 bangku sahaja yang beroperasi manakala 41 bangku masih kosong.


Merujuk kepada dasar perbandaran negara, keperluan dasar awam memang perlu disediakan dalam hiraki pusat petempatan kecil dan petempatan utama bagi menawarkan perkhidmatan kepada penduduk setempat, namun tiada kriteria tertentu atau khusus untuk menentukan kelayakan sesebuah komuniti untuk mendapatkan pasar awam. Pembinaan pasar awam adalah tertakluk kepada keperluan semasa.

Soalan-soalan Bagi Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Yang Ketiga Belas

Soalan-Soalan yang dibangkitkan oleh Y.B. Ee Chin Li, Ahli Dewan Negeri Johor Kawasan Tangkak, Dewan Negeri Johor pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-13


Bil.
Soalan
Jabatan
Portfolio
1.
Senaraikan Ahli Majlis, Ketua Kampung, Penghulu, Ketua Masyarakat dan Ahli JKKK di semua Daerah yang telah meletak jawatan dari 1hb Jan 2013 hingga 30hb Jun 2013.
(Jawab Mulut)

SUK Negeri
Menteri Besar
Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan dan Perancangan

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

2.
Senaraikan kadar kes denggi yang telah berlaku mengikut setiap Daerah dari tahun 2000 hingga sekarang.
Jabatan Kesihatan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar
3.
Berapakah keluasan hutan yang telah dikurniakan sebagai tujuan pembalakan, dimanakah lokasi tapak-tapak tersebut, berapakah hasil yang telah dikutip dari konsesi dan keluasan untuk tanam semula, sila nyatakan mengikut tahun dari tahun 2000 hingga tahun 2013.
(Jawab Mulut)
Jabatan Perhutanan
Menteri Besar

Pengerusi Jawantankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan
4.
Berapakah keluasannya Kawasan Perindustrian Tangkak dan berapa kilang yang sedang beroperasi setakat ini, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menarik Pelabur.
(Jawab Mulut)

UPEN

MIDA
Menteri Besar

Pengerusi Jawantankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan
5.
Apakah Langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mempromosikan Bandar Tekstil Tangkak, sila senaraikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan kosnya.
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor,

Majlis Daerah Tangkak
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan
6.
Berapakah jumlah pendapatan dan perbelanjaan bagi semua PBT dari tahun 2000 hingga tahun 2013, sila senaraikan dengan terperinci mengikut jabatan dan unit.
SUK,

Kerajaan Tempatan
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan kerajaan Tempatan

7.
Berapakah jumlah Lesen Pusat Hiburan Keluarga yang masih aktif dan jumlah permohonan baru yang telah dilulus serta jumlah ditolak sejak tahun 2000 hingga tahun 2012 sila nyatakan menurut setiap Daerah di Negeri Johor.
(Jawab Mulut)
SUK Negeri
MenteriBesar

Pengerusi Jawantankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan
8.
Berapakah bilangan "Homestay" yang berdaftar dalam Daerah Ledang dan apakah rancangan untuk menarik pelancong ke Taman Negara Gunung Ledang.
Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan
9.
Berapakah dan dimanakah camera penguatkuasaan otomatik AES akan dipasang.
(Jawab Mulut)
SPAD
Menteri Besar

Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan
10.
Sila senaraikan bilangan pekerja-pekerja asing yang berpermit serta jangkaran bilangan pekerja-pekerja asing tanpa permit di Negeri Johor mengikut Daerah.
Jabatan Tenaga Manusia
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Dan Sumber Manusia
11.
Bagaimana perkembangan cadangan untuk membina satu pasar awam di Taman Tangkak Jaya, Tangkak. Sila nyatakan kelayakan sesebuah komuniti untuk mendapat pasar awam.
(Jawab Mulut)
Majlis Daerah Tangkak
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan