Monday 19 August 2013

Jawapan Ke-11 Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-13

SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI ISNIN, 19 OGOS 2013

Y.B. ENCIK EE CHIN LI (TANGKAK) bertanya kepada Majlis Daerah Tangkak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Bagaimana perkembangan cadangan untuk membina satu pasar awam di Taman Tangkak Jaya, Tangkak. Sila nyatakan kelayakan sesebuah komuniti untuk mendapat pasar awam.

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI ABD. LATIF BIN BANDI

Untuk makluman Ahli-ahli yang berhormat, Majlis Daerah Tangkak (MDT) tiada cadangan untuk membina pasar awam di Taman Tangkak Jaya kerana Pihak Majlis berpandangan tiada keperluan untuk membina satu pasar awam baru kerana:

I.          Tiada rizab yang dikhaskan bagi tujuan tersebut.

II.         Jarak pasar awam sedia ada adalah dalam lingkungan 1.5 kilometer dari Taman Tangkak Jaya dan;

III.        Dari 135 bangku yang disediakan di pasar awam tersebut, hanya 84 bangku sahaja yang beroperasi manakala 41 bangku masih kosong.


Merujuk kepada dasar perbandaran negara, keperluan dasar awam memang perlu disediakan dalam hiraki pusat petempatan kecil dan petempatan utama bagi menawarkan perkhidmatan kepada penduduk setempat, namun tiada kriteria tertentu atau khusus untuk menentukan kelayakan sesebuah komuniti untuk mendapatkan pasar awam. Pembinaan pasar awam adalah tertakluk kepada keperluan semasa.

No comments:

Post a Comment