Thursday, 13 October 2011

Jumlah Kos RM290 Ribu Untuk


Ini adalah kenyataan media oleh setiausaha DAP cawangan Bandar Tangkak Ee Chin Li pada 11/10/2011 hari selasa di Tangkak:

JUMLAH KOS RM290 RIBU UNTUK <FESTIVAL TEKSTIL TANGKAK 2011>


Kami dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan telah belanja sebanyak RM292765 untuk menganjurkan <Festival Tesktil Tangkak 2011> pada 3hb hingga 6hb Mac 2011 di Jalan Payamas Tangkak.

Kami mengalu-alukan Kementerian Pelancongan menganjurkan fetival seperti ini untuk mempromosikan  Tangkak sebagai Bandar Tekstil, tetapi, kami tidak nampak apa-apa program susulan yang dilaksanakan oleh pihak berkenaan selepas Festival tersebut untuk menarik lebih ramai pelancong-pelancong datang ke Tangkak.
Setelah menghabiskan sejumlah besar wang pembayar cukai untuk menganjur aktiviti ini, adakah Kementerian Pelancongan kira, berapa lama masa yang diperlukan untuk menuntut kos pembiayaan ini?

Kami amat menyesal bahawa Kementerian Pelancongan tidak membayar pampasan kepada peniaga-peniaga industri lain di Jalan Payamas Tangkak kerana jalan tersebut telah ditutup tanpa notis untuk aktiviti tersebut dan perniagaan mereka telah pun diganggu. Kami berharap agar pihak berkenaan tidak mengulang kesilapan yang sama.

EE CHIN LI

No comments:

Post a Comment