Tuesday 8 April 2014

SURAT NOTIS BR1M

Pejabat saya menerima banyak pertanyaan tentang surat notis dari Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 21hb April 2014 tentang permohonan BR1M tidak lulus sejak hari Ahad lalu.

Sebanyak 34 alasan tidak lulus dihadapi oleh penerima surat tersebut dan antaranya kebanyakan ialah kerana maklumat pemohon perlu pengesahan. Pemohon yang terima surat notis itu diminta membuat rayuan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan secepat mungkin.

Menurut informasi yang saya dapat dari LHDN cawangan Muar, kebanyakan pasangan pemohon yang berasal dari luar negara akan terima surat notis untuk menghantar salinan kad pengenalan pemohon, salinan paspot atau permaustin tetap pasangan dan salinan sijil perkahwinan  mereka ke LHDN yang berdekatan.

Pegawai LHDN bertambah, sesetengah pemohon yang masih belum terima BR1M atau surat-surat dari pihak Kementerian Kewangan boleh menghubungi LHDN di talian 1800-8802716, LHDN cawangan Muar 06-9563100 atau pergi ke kaunter yang tersedia di Pejabat LHDN yang berdekatan.

Jika perlukan bantuan, boleh menghubungi saya di 012-6831477.

Y.B. Encik Ee Chin Li
Ahli Dewan Negeri
Johor Darul Takzim

Kawasan Tangkak

No comments:

Post a Comment