Tuesday 20 August 2013

Ucapan Menjunjung Kasih Ke Atas Titah DYMM Sultan Johor pada 20hb Ogos 2013

Ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DYMM Sultan Johor sempena Perasmian Mesyuarat Kedua bagi Penggal Pertama Dewan Negeri Johor yang ke-13 oleh YB Ee Chin Li, ADUN Tangkak pada 20hb Ogos 2013

Yang berhormat Datuk Speaker,

Selamat pagi, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua.

Tangkak ingin mengambil bahagian dalam pembahasan usul menjujung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kerana sudi berangkat ke Dewan untuk menyampaikan Titah Baginda.

Saya juga ingin menguna kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Tangkak kerana telah memilih saya sebagai wakil mereka dalam Dewan yang mulia ini.

Yang berhormat Datuk Speaker,

Bandar Tangkak terletak di kaki Gunung Ledang, bagi pelancong yang mahu mengunjung atau melancong ke Taman Negara Gunung Ledang, mereka perlu menggunakan susur keluar atau Plaza Toll Tangkak dari Lebuhraya Utara-Selatan.

Bandar Tangkak juga dinamakan sebagai Bandar Tekstil yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada bulan Jun tahun 2011.

Tetapi, kedai-kedai kain di Bandar Tekstil sekarang makin kurang sejak dua tahun lalu.

Bandar Tangkak juga kaya dengan hasil buah-buahan, terutama buah Durian.

Dengan kelebihan-kelebihan disebut tadi, Bandar Tangkak dan kawasan-kawasan sekitar Taman Negara Gunung Ledang sepatutnya mendapat manfaat dari Industri Pelancongan.

Tetapi, yang berhormat Datuk Speaker,

Realitinya tidak seperti dijangka, kerana nampaknya Kerajaan Negeri masih tiada perancangan yang sempurna untuk mempromosikan setakat ini.

Masalah yang sama berlaku di Pengerang juga,

Sungai Rengit di Pengerang banyak mengeluarkan Udang Galah dan hasil-hasil laut yang lain, pada setiap hujung minggu dan cuti-cuti awam, ramai pelancong-pelancong dari luar dan dalam negeri suka mencuba rasa makanan laut dan mengalami kehidupan perkampung nelayan di Pengerang.

Mungkin sesetengah pihak itu cuba memberikan implikasi Guoguang dari Taiwan, AECOM dari Amerika Syarikat, Tamasek Holdings dari Singapora, BASF dari Jermen, mereka semua ini bukan orang luar?

Pembayar cukai di Malaysia yang menyoalkan projek ini dijadikan orang luar pulak? Apakah logik ini?

Kalau pelabuhan petrokimia di Pengerang cuma terlibat wang dari orang Pengerang dan peruntukan Pejabat Daerah Kota Tinggi, bagi pendapat saya, tak payahlah orang luar yang disebut oleh sesetengah pihak itu sibuk-sibuk campur masuk perkara ini.

Namunya, projek ini bukan sahaja terlibat kewangan dari Negeri Johor, tetapi ia juga sebagai satu projek transfomasi Perdana Menteri Malaysia, ini bermakna, Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan digunakan untuk projek ini.

Bagaimana sesetengah pihak itu berkata orang luar jangan masuk campur? Adakah mereka mempergunakan wang mereka sendiri ataupun wang pembayar cukai?

Kalau mereka mengunakan wang mereka sendiri, semua pihak seharus tutup mulut, kerana ini tidak berkaitan dengan mereka.

Kalau tidak, apakah alasan untuk sesetengah pihak itu menghalang rakyat untuk menyoalkan isu-isu yang berkaitan dengan projek ini.­­­­­­­

Sesetengah pihak yang saya sebut tadi juga berkata, bahawa Projek Petrokimia Pengerang akan membekalkan peluang pekerjaan kepada orang tempatan, saya ingin tanya balik Kerajaan Negeri, cuba bagikan contoh, bagaimana awak boleh melatihkan seseorang nelayan atau pekebun yang sudah bekerja di bidang itu berpuluh-puluh tahun dan tiba-tiba menjadikan beliau sebagai seorang jurutera atau juruteknik dalam bidang petrokimia?

Untuk seseorang memahirkan sendiri dalam satu bidang, bahkan kesenian, kejuruteraan dan sebagainya, perlu makan masa beberapa tahun, apatah seorang nelayan atau pekebun yang berpendidikan rendah mampu untuk meningkatkan kebakalan mereka dalam bidang petrokimia?

Kami tidak bimbang sangat dengan generasi muda atau pelajar-pelajar yang baru tamat pelajaran, kerana mereka boleh dilatih dan diberikan khusus supaya mempelajari sesuatu kemahiran dengan cepat.

Apa yang saya khuatir ialah penduduk-penduduk yang telah berpuluh-puluh tahun bekeraja sebagai nelayan dan pekebun, bagaimana kamu boleh cakap peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang-kilang petrokimia ini dapat meningkat keuntungan mereka?

Di samping itu, ada sesetengah pihak berkata, mereka ini berasal dari Teluk Ramunia Pengerang, tapi, adakah mereka sedar bahawa, orang-orang kampung yang akan pindah ke tapak penempatan baru yang terletak di Teluk Ramunia akan dipindahkan lagi selepas 8 tahun?

Kalau sepasang suami isteri pindah masuk ke rumah baru mereka yang direkabentuk oleh Barisan Nasional terletak di Telok Ramunia, mereka melahirkan seorang anak, tetapi, apabila kanak tersebut baru saja cukup umur untuk memasuki sekolah rendah, keluarga mereka perlu memindah lagi?

Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberikan penjelasan bahawa adakah tapak penempatan di Telok Ramunia itu hanya untuk sementara dan akan dipindahkan ke tempat lain?

Adakah kerana hakikat ini, pembinaan lantai untuk rumah di tapak tersebut cuma menggunakan 3 bungkus simen campur dengan pasir, sebaliknya, dari maklumat yang diberitahu oleh pemaju-pemaju rumah yang berpengalaman, bahawa 10 bungkus simen perlu diguna pakai untuk satu rumah yang seluas 1300 kaki persegi.

Maka, saya minta Kerajaan Negeri supaya menjalankan siasatan dan memeriksakan perkara ini dan mengumumkan hasil siasatan kepada masyarakat.

Ada sesetengah pihak menceritakan bahawa pada zaman muda beliau, bahawa kuali bauksit telah mengakibatkan air sungai di tepi rumah yang terletak di Teluk Ramunia menjadi merah, tetapi, beliau mengadu bahawa tiada mana-mana pihak mengambil berat tentang perkara itu.

Sekarang pula beliau memuji projek petrokimia setinggi-tingginya, walaupun projek ini akan membawa pencemaran seratus kali lebih teruk daripada kuali bauksit, bukankah kedua-dua kenyataan ini bercenggah satu sama lain?

Akhirnya, saya harap kerajaan boleh memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkit tadi.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment