Tuesday 20 August 2013

Jawapan Bagi Soalan Lisan Yang Ke-4 Dalam Persidangan Dewan Negeri Johor

SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 20 OGOS 2013

Y.B. ENCIK EE CHIN LI (TANGKAK) bertanya kepada:

UPEN, MIDA dan
Menteri Besar -- Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan

Berapakah keluasan Kawasan Perindustrian Tangkak dan berapa kilang yang sedang beroperasi setakat ini, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menarik Pelabur.

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Kawasan Perindustrian Tangkak mempunyai keluasan keseluruhan berjumlah 129.02 ekar dan jumlah kilang yang sedang beroperasi setakat ini ialah 19 unit (setakat Julai 2013). Di antara langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menarik Pelabur ialah seperti berikut:

(a)       Mempromosi industri pembuatan perabot dan tekstil supaya para pelabur                     menempatkan kilang-kilang mereka dalam kluster yang dikhaskan bagi Daerah Tangkak;

(b)       Mewujudkan pangkalan data mengenai profail kawasan-kawasan perindustrian dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai rujukan para pelabur yang hendak melabur di Daerah Tangkak; dan


(c)        Menyelaras hal-ehwal penyelenggaraan kawasan perindustrian dan permasalahan berkenaan industri sedia ada dengan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan NGO.

No comments:

Post a Comment