Tuesday 20 August 2013

Jawapan Bagi Soalan Lisan Yang Ke-3 Dalam Persidangan Dewan Negeri Johor

SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI SELASA, 20 OGOS 2013

Y.B. ENCIK EE CHIN LI (TANGKAK) bertanya kepada:

Jabatan Perhutanan dan
Menteri Besar -- Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan Dan Perancangan

Berapakah keluasan hutan yang telah dikurniakan sebagai tujuan pembalakan, dimanakah lokasi tapak-tapak tersebut, berapakah hasil yang telah dikutip dari konsesi dan keluasan untuk tanam semula, sila nyatakan mengikut tahun dari tahun 2000 hingga tahun 2013.

JAWAPAN Y.A.B. MENTERI BESAR

Pembukaan kawasan hutan di dalam Hutan Simpanan Kekal untuk aktiviti pembalakan dikawal secara Kawalan Kawasan (area control) melalui Catuan Tebangan Tahunan (CCT) dan kawalan isipadu Pengeluaran (Volume Control). Bagi Tempoh RMK 8, CCT yang diluluskan bagi pembukaan kawasan pengusahasilan setiap tahun adalah sebanyak 2,705 hektar, 2,250 hektar bagi RMK 9 dan 2,940 hektar bagi tempoh RMK 10. Aktiviti pembalakan dijalankan bagi tujuan peroleh kayu-kayan dilaksanakan secara terkawal (control logging) dan diwajibkan memathui syarat-syarat "pembalakan Impak Rendah (Reduced Impact Logging), kawalan kualiti kerja melalui MS ISO 9001:2008: dan amalan pengurusan Hutan secara berkekalan (sustainable Forest Management) melalui "Kriteria dan petunjuk untuk persijilan pengurusan hutan di Malaysia (MC & hutan Asli). Pembukaan kawasan hutan untuk aktiviti pengusahasilan bagi tempoh 2000 hingga 2012 adalah mematuhi CTT yang ditetapkan.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor berjaya mengutip hasil ke atas pengeluaran kayu-kaya ini melalui bayaran premium hutan mengikut harga pasaran semasa, kutipan royalti dan ses. Di samping itu, kutipan hasil juga adalah melalui kompaun kesalahan hutan, bayaran lesen/permit, bayaran perkhidmatan yang lain dan sebagainya. Pembukaan kawasan untuk pengusahasilan di kawasan HSK dan jumlah kutipan hasil dari tahun 2000 hingga 2013 (sehingga Julai) adalah seperti jadual di bawah.

Tahun
Luas Kawasan Usahasil (ha)
Lokasi
Kutipan Hasil (RM)
2000
268.35
HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Tenggaroh, HS Mersing, HS Maokil
RM25,338,359.39
2001
1417.34
HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang
RM15,449,610.83
2002
1783.19
HS Panti, HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Tenggaroh, HS Kluang
RM26,726,975.26
2003
1893.00
HS Panti, HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang
RM22,588,339.79
2004
1871.88
HS Ulu Sedili, HS Panti, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang, HS Maokil
RM25,625,948.38
2005
1599.40
HS Ulu Sedili, HS Panti, HS Lenggor, HS Mersing, HS Kluang, HS Labis, HS Maokil
RM20,888,845.35
2006
1852.96
HS ULU Sedili, HS Panti, HS Mersing, HS Lenggor, HS Labis, HS Kluang
RM34,846,958.72
2007
1420.12
HS Panti, HS Lenggor, HS Ulu Sedili, HS Mersing, HS Labis, HS Kluang
RM16,716,051.27
2008
1470.49
HS Lenggor, HS Mersing, HS Labis, HS Kluang
RM24,916,458.10
2009
884.42
HS Panti, HS Lenggor, HS Ulu Sedili, HS Labis
RM28,109,514.65
2010
1459.93
HS Panti, HS Lenggor, HS Gunung Arong, HS Ulu Sedili, HS Mersing, HS Kluang, HS Labis, HS Maokil
RM23,616,156.33
2011
1191.76
HS Panti, HS Lenggor, HS Kluang, HS Labis, HS Maokil
RM25,530,876.62
2012
625.85
HS Lenggor, HS Ulu Sedili, HS Gunung Arong, HS Labis, HS Kluang
RM20,453,250.96
2013
783.64
HS Panti, HS Mersing, HS Ulu Sedili, HS Lenggor, HS Labis, HS Maokil
RM10,652,365.01


Di bawah amalan pembalakan di kawasan Hutan Simpanan Kekal ianya dilaksanakan secara mapan (sustainable) dan tidak melibatkan "tebangan habis (clear felling)" selepas kerja-kerja pembalakan selesai dijalankan, salah satu syarat lesen yang ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh pelesen adalah diwajibkan menanam kembali kawasan-kawasan lorng penarik, bekas tapak matau dan kongsi. Pihak Jabatan Perhutanan akan membekalkan pelbagai jenis pokok-pokok hutan terpilih seperti meranti, kapur, keruing, chengal, dan lain-lain mengikut kesesuaian lokasi dan piahk pelesen perlu menanam pokok-pokok tersebut sebelum lesen ditutup. Disamping itu, selepas 2 hingga 5 tahun kerja-kerja pengusahasilan selesai dijalankan, bancian Hutan 

Selepas Tebangan (Post-F) pula dijalankan bagi mengetahui stok dirian tinggal supaya rawatan silvikultur yang sesuai dapat ditetapkan bagi memulih kawasan berkenaan seperti tanaman mengaya ke atas kawasan-kawasan yang miskin atau dijalankan aktiviti rawatan mengelang akar dan pepanjat.Berdasarkan kepada keputusan interprestasi bancian Post-F yang dijalankan di bawah RMK9 dan RMK10 (sehingga tahun 2012) tiada kawasan yang perlu dijalankan aktiviti Tanaman Mengaya. Ini bermaksud bahawa kawasan-kawasan HSK yang telah diusahasilakan dahulunya adalah dikategorikan sebagai kawasan Hutan Terpulih.

No comments:

Post a Comment